Friday 30 July 2010

Projek SRA Sebatu, Sg Rambai, Melaka

Boleh tahan terkejut gak bila Dean call kata ada satu projek buat tulisan khat pada Sekolah Rendah Agama (SRA) Jaim, Sebatu, Sg Rambai, Melaka. Aku tak pernah lagi buat khat. Tapi aku percaya boleh buat.

Kami pun pergi jumpa Cikgu Besau SRA. Sebelum tu aku dah prepare sample2 khat. So, aku tunjuk kat Cikgu Besau tadi. Aku cadangkan khat "kufi" dan dia setuju. Dia suruh buat lencana sekali. Kami tengok tempat nak buat...waaa...ni kena pakai staging baru boleh. Dean dah kecut perut. Aku tahu dia gayat. Hahahaa...padan muka dia!.

Macam biasa setelah rundingan dipersetujui aku bagi tarikh bila nak start. Masalahnya sekarang nak cari staging. Dean kata kawan dia ada, boleh sewa murah...cantek!. Hmmm..kalau setakat satu staging aku tak berapa nak gayat la...tapi kalau dah banyak2 staging payah jugak. Tapi Dean memang dah kecut dah walaupun satu staging!.

Finishing touch

Dean melonjak kegembiraan bila siap...selamat tinggal staging yang mengerikan!!

Muka tension aku bila tengok Dean terkial2

Khat Kufi...

Dean tengah gabra

Boleh tahan lenguh...satu nak fokus pada khat, satu nak fokus supaya jangan jatuh, hehe

Ambil ukuran

1 comment:

  1. Aku suka bila engko cakap, "Tapi aku percaya aku boleh buat." an injection of positivism!

    ReplyDelete