Wednesday 8 September 2010

Hehehehe!! aku kelakar betul dengan fiee ni..mana taknya hari ni tempah besok bagi deposit lusa dah siap...katanya dia memang spesis yang tak menyabo...
macamana pun dia memang jiran yang baik..terima kasih cikgu!!!
lukisan ni pun aku buat dalam bulan puasa yang mulia ni..
harga memang berpatutan..
Dan...sebelum lukisan yang bertajuk "PANGGUNG PENGHULU BENTENG " dihasilkan aku bertarung dengan AR.HJ.MUSTAFA mengenai profile gunung ledang ni.
katanya gunung ledang ni ada tjuh 'LUK' eeemmmmmhh!! aku pun tak faham..
tapi setelah aku fikir mana taknya hari hari dia menghadap gunung ledang dari anjung depan rumahnya. mestilah dia menang..huhuhuhu!!
apa apa pun aku ucapkan terima kasih banyak kt brader ni sebab menghargai seni lukis aku walaupun dia seorang arkitek yang dah tentu pandai melukis dengan baik..
lukisan ni aku namakan "DARI PARIT PENGHULU KE GUNUNG LEDANG"
p/s rumah dia? fuhh!! aku melukis 10tahun pun belum tahu dapat buat rumah macam tu..
kereta dia? peeghh!! yang takde cuma lamborghini je...

hahaha!! ini lukisan yang aku hasilkan dalam bulan ramadhon ini.
di rumah seorang arkitek yang bernama mustafa.
rasanya orang orang "muo" tentu kenal dengan brader mustafa ni...ooops!! HJ.MUSTAFA.
memang cerewet orangnya tapi baik hati..
lukisan ni aku namakan.."PANGGUN PENGHULU BENTENG"

MURAL IN MY HOUSE...

ok!..ini adalah mural penutup bagi aktiviti bulan puasa yag mulia ni