Friday 30 July 2010

Projek KKM Part 2

Masa aku buat kat Jalan Othman, matron Fija KKM ada datang menjengah. Waaa...cantik, dia kata. Akibat dari rasa jealous yang amat sangat dengan pejabat Jalan Othman (agaknya la..), matron Fija cakap kat aku dia nak buat sambungan dari mural di KKM, di kiri dan kanan dinding. Dia arrangekan dengan CC Cha tentang bayaran.

Aku pun buat la kesinambungan dari gambar sedia ada. Siap dalam 2 hari setengah.

Dinding sebelah kiri


Dinding sebelah kanan...mintak tolong Dean surf internet amik sample gambar Rafflesia

Projek Pejabat Kesihatan Jalan Othman, Muar

Pengarah KKM, Dr. Zul terpegun melihat hasil kerja aku kat KKM. Dia suka. Dia call aku suruh datang pejabat dia di Jalan Othman. Aku ajak Dean sekali.

Aku jumpa Mr. Baha, CC Cha dan Dr. Zul di bilik Dr. Zul sendiri. Dia nak buat satu mural lagi di pejabat Jalan Othman. Kami bincang konsep apa yang Dr. Zul suka. Akhirnya Dr. Zul nak konsep alam dasar laut.
Macam biasa kami melawat tempat yang nak buat. Dean lega sebab tak payah pakai staging macam di SRA.

Tak banyak masalah nak buat mural kat sini. Surface ok, tempat ok. Siap dalam 3 hari.


Kejayaan kami...

Rasa macam nak berenang pulak!

in progress...




Projek SRA Sebatu, Sg Rambai, Melaka

Boleh tahan terkejut gak bila Dean call kata ada satu projek buat tulisan khat pada Sekolah Rendah Agama (SRA) Jaim, Sebatu, Sg Rambai, Melaka. Aku tak pernah lagi buat khat. Tapi aku percaya boleh buat.

Kami pun pergi jumpa Cikgu Besau SRA. Sebelum tu aku dah prepare sample2 khat. So, aku tunjuk kat Cikgu Besau tadi. Aku cadangkan khat "kufi" dan dia setuju. Dia suruh buat lencana sekali. Kami tengok tempat nak buat...waaa...ni kena pakai staging baru boleh. Dean dah kecut perut. Aku tahu dia gayat. Hahahaa...padan muka dia!.

Macam biasa setelah rundingan dipersetujui aku bagi tarikh bila nak start. Masalahnya sekarang nak cari staging. Dean kata kawan dia ada, boleh sewa murah...cantek!. Hmmm..kalau setakat satu staging aku tak berapa nak gayat la...tapi kalau dah banyak2 staging payah jugak. Tapi Dean memang dah kecut dah walaupun satu staging!.

Finishing touch

Dean melonjak kegembiraan bila siap...selamat tinggal staging yang mengerikan!!

Muka tension aku bila tengok Dean terkial2

Khat Kufi...

Dean tengah gabra

Boleh tahan lenguh...satu nak fokus pada khat, satu nak fokus supaya jangan jatuh, hehe

Ambil ukuran

Projek Klinik Komuniti Maharani (KKM)

Member aku Mr. Baha call. Dia kata KKM nak buat mural. KKM dah menang pertandingan keceriaan antara Klinik Komuniti peringkat negeri Johor. Sekarang mewakili Johor untuk peringkat kebangsaan. Juri dah nak datang untuk buat penilaian dalam seminggu dua. Mr. Baha dah arrangekan aku jumpa dengan matron. Aku pun tak berapa faham pangkat-pangkat dalam hospital ni. Yang aku tau doktor dan misi je. Atendan pun aku tau la jugak. Mr. Baha kata matron ni lagi atas dari sister. Sister kira macam ketua jururawat. (Kalau jururawat lelaki naik pangkat dipanggil sister gak ke?. Hehehee...kelakar je bunyinya)

Aku pun ajak Dean pergi jumpa matron. Kami jumpa matron Fija. Matron pun tunjukkan tempat yang nak dibuat mural. Kawasan dekat tangga naik ke klinik pergigian. Ukur punya ukur, bincang punya bincang kami semua bersetuju dengan harga dan tempoh masa untuk disiapkan. Projek start keesokkan harinya. Aku ada 3 hari untuk siapkan projek ni.

Finishing touch...butterfly

Aku meletakkan "batu asas" (signature daa...) pada mural

Dean tengah datang angin tekun dia.

Akhirnya...

Tuesday 20 July 2010

Intro...


Salam sejahtera. Aku Uncle Sam. Tinggal di Muar, Johor. Ada kawan-kawan melabelkan aku sebagai "unsung artist". Apa jua yang melibatkan seni adalah kerja aku. Dari seorang pemuzik (pelbagai genre), penyanyi, photographer hinggalah sebagai seorang pelukis.

Blog ini dibuat khusus untuk menceritakan tentang hasil karya seni aku sebagai seorang pelukis mural. Aku tidak keseorangan. Teman baik aku, Dean Mohamad, sering membantu dalam menyiapkan sesuatu projek. Blog ini adalah cerita kami. Cerita disebalik terhasilnya sesebuah lukisan mural. Cerita suka duka perit jerih kami menyiapkannya. Sebab itu kami menamakan blog ini "Life On Mural". Bukan sahaja menceritakan konsep sesuatu mural mengikut kehendak pelanggan, tetapi juga cerita tentang kehidupan kami dengan mencari rezeki melalui karya seni lukisan.

Aku menjadi "unsung artist" telah agak lama. Telah banyak mural yang dilukis tetapi baru sekarang aku mengejar dan tidak mahu ketinggalan dalam arus kemajuan teknologi. Aku mahu mendokumentasikan perjalan hidup ini dalam blog. Dean tidak keberatan untuk membantu mengendali dan 'update' blog. Kerana dia tidak boleh terpisah dengan naluri 'keteknologiannya'. Dean kata kalau sehari tidak on-line, boleh jadi gatal-gatal satu badan!. Hahahaaa...