Tuesday 20 July 2010

Intro...


Salam sejahtera. Aku Uncle Sam. Tinggal di Muar, Johor. Ada kawan-kawan melabelkan aku sebagai "unsung artist". Apa jua yang melibatkan seni adalah kerja aku. Dari seorang pemuzik (pelbagai genre), penyanyi, photographer hinggalah sebagai seorang pelukis.

Blog ini dibuat khusus untuk menceritakan tentang hasil karya seni aku sebagai seorang pelukis mural. Aku tidak keseorangan. Teman baik aku, Dean Mohamad, sering membantu dalam menyiapkan sesuatu projek. Blog ini adalah cerita kami. Cerita disebalik terhasilnya sesebuah lukisan mural. Cerita suka duka perit jerih kami menyiapkannya. Sebab itu kami menamakan blog ini "Life On Mural". Bukan sahaja menceritakan konsep sesuatu mural mengikut kehendak pelanggan, tetapi juga cerita tentang kehidupan kami dengan mencari rezeki melalui karya seni lukisan.

Aku menjadi "unsung artist" telah agak lama. Telah banyak mural yang dilukis tetapi baru sekarang aku mengejar dan tidak mahu ketinggalan dalam arus kemajuan teknologi. Aku mahu mendokumentasikan perjalan hidup ini dalam blog. Dean tidak keberatan untuk membantu mengendali dan 'update' blog. Kerana dia tidak boleh terpisah dengan naluri 'keteknologiannya'. Dean kata kalau sehari tidak on-line, boleh jadi gatal-gatal satu badan!. Hahahaaa...


No comments:

Post a Comment