Friday 30 July 2010

Projek Klinik Komuniti Maharani (KKM)

Member aku Mr. Baha call. Dia kata KKM nak buat mural. KKM dah menang pertandingan keceriaan antara Klinik Komuniti peringkat negeri Johor. Sekarang mewakili Johor untuk peringkat kebangsaan. Juri dah nak datang untuk buat penilaian dalam seminggu dua. Mr. Baha dah arrangekan aku jumpa dengan matron. Aku pun tak berapa faham pangkat-pangkat dalam hospital ni. Yang aku tau doktor dan misi je. Atendan pun aku tau la jugak. Mr. Baha kata matron ni lagi atas dari sister. Sister kira macam ketua jururawat. (Kalau jururawat lelaki naik pangkat dipanggil sister gak ke?. Hehehee...kelakar je bunyinya)

Aku pun ajak Dean pergi jumpa matron. Kami jumpa matron Fija. Matron pun tunjukkan tempat yang nak dibuat mural. Kawasan dekat tangga naik ke klinik pergigian. Ukur punya ukur, bincang punya bincang kami semua bersetuju dengan harga dan tempoh masa untuk disiapkan. Projek start keesokkan harinya. Aku ada 3 hari untuk siapkan projek ni.

Finishing touch...butterfly

Aku meletakkan "batu asas" (signature daa...) pada mural

Dean tengah datang angin tekun dia.

Akhirnya...

1 comment: